Pemecatan Terancang

Spread the love
  1. DEFINISI

    Secara amnya, pemecatan terancang (Constructive Dismissal) bermaksud perbuataan seseorang pekerja dalam menamatkan pekerjaannya disebabkan oleh pelanggaran oleh majikan pada perjanjian pekerjaan. Pelanggaran tersebut harus membentuk satu pelanggaran yang kritikal sehingga ianya mampu mengubah syarat-syarat atau dasar penting dalam perjanjian pekerjaan tersebut. Pelanggaran tersebut juga telah mewujudkan satu situasi di mana pekerja tidak lagi mempunyai sebarang pilihan dan terpaksa meletakkan jawatan dan menamatkan perjanjian pekerjaan.

  2. SYARAT-SYARAT PEMECATAN TERANCANG

    Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (“Akta 1967”) adalah akta yang dirujuk berkenaan tuntutan pemecatan tidak adil atau yang menyalahi undang-undang. Pemecatan terancang tidak dinyatakan secara khusus dalam Akta 1967 kerana ianya merupakan satu konsep undang-undang yang terhasil daripada common law – perundangan yang terhasil daripada penghakiman mahkamah terdahulu.Walau bagaimanapun, tuntutan pemecatan terancang ke atas majikan boleh dilaksanakan berdasarkan s.20(1) Akta 1967 di mana seseorang pekerja boleh membuat representasi bertulis (aduan) kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan sekiranya pekerja tersebut menganggap bahawa beliau telah diberhentikan tanpa sebab atau alasan oleh majikannya.

    Bagi mengenal pasti syarat-syarat dalam membuat tuntutan pemecatan terancang, kita perlu merujuk kes-kes terdahulu.
    Dalam kes di Mahkamah Rayuan, kes Anwar Abdul Rahim v Bayer (M) Sdn Bhd [1998] 2 CLJ 197 telah memutuskan syarat-syarat pemecatan terancang seperti berikut:-

    1. Bahawa majikan, dengan kelakuannya, telah melanggar terma atau syarat perjanjian pekerjaan atau telah membuktikan niat untuk tidak lagi terikat dengan perjanjian tersebut;
    2. Pelanggaran tersebut mestilah merupakan pelanggaran asas (fundamental breach) pada perjanjian pekerjaan;
    3. Pekerja harus beredar sebagai tindak balas terhadap pelanggaran tersebut dan bukan atas sebab sampingan dan sebab yang tidak berkaitan; dan
    4. Pekerja tidak menunda terlalu lama dalam menamatkan perjanjian pekerjaan sebagai tindak balas terhadap pelanggaran majikan, jika tidak, pekerja tersebut boleh dianggap telah mengenepikan pelanggaran tersebut.

    Kes tersebut juga memutuskan bahawa bagi menentukan sama ada pemecatan terancang wujud, ujian yang terpakai adalah ‘ujian perjanjian’ dan bukan ‘ujian ketidakmunasabahan’. Dalam erti kata lain, kelakuan majikan yang tidak munasabah tidak semestinya mewujudkan situasi pemecatan terancang. Bagi menghasilkan tuntutan pemecatan terancang yang berjaya, pekerja harus membuktikan bahawa kelakuan majikan tersebut telah melanggar terma dan syarat asas perjanjian pekerjaan antara pekerja dan majikan.

  3. CONTOH PEMECATAN TERANCANG

    Mahkamah Perindustrian telah mengenal pasti beberapa keadaan yang mewujudkan tuntutan pemecatan terancang. Antara contohnya adalah seperti berikut:-

    1. Kegagalan majikan untuk membayar gaji dan caruman wajib (KWSP dan SOCSO);
    2. Penukaran skop pekerjaan yang berbeza daripada skop yang dinyatakan dalam perjanjian pekerjaan; dan
    3. Penurunan pangkat pekerjaan tanpa alasan.
  4. KONKLUSI

    Bukan semua tindakan daripada majikan yang tidak munasabah mampu mewujudkan situasi yang membolehkan tuntutan pemecatan terancang. Beban pembuktian terletak pada pekerja dalam memastikan wujudnya satu pelanggaran kritikal oleh majikan yang menjejaskan asas perjanjian pekerjaan. Sekiranya wujud keadaan tersebut, pekerja harus mengambil langkah-langkah yang berikut bagi memastikan satu tuntutan pemecatan terancang yang berjaya:-

      1. Bertindak segera. Sekiranya pekerja tidak bertindak, mahkamah akan beranggapan bahawa pekerja telah mengenepikan haknya untuk membuat tuntutan pemecatan terancang.
      2. Memberi notis. Pekerja boleh memaklumkan kepada majikan secara bertulis berkenaan tindakan majikan yang telah melanggar perjanjian pekerjaan. Dalam notis tersebut, tuntut kepada majikan untuk membetulkan pelanggaran yang dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya gagal, nyatakan bahawa kegagalan tersebut menyebabkan terhasilnya pemecatan terancang dan perjanjian pekerjaan tersebut ditamatkan.
      3. Membuat aduan. Aduan harus dibuat di Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam masa 60 hari dari tarikh penamatan perjanjian pekerjaan berdasarkan s.20(1A) Akta 1967. Sekiranya gagal, Jabatan Perhubungan Perusahaan tidak akan melayan sebarang aduan yang dibuat selepas tempoh masa tersebut.
Artikel ini disediakan oleh
Mohamad Zufarsyah
Partners,  Abdul, Low & Partners

Artikel Berkaitan:  

  • Soalan Lazim: Faraid

    Sep 29, 2022  
    Spread the loveSoalan Lazim: Faraid Harta apa yang boleh difaraidkan? J: Harta yang didaftarkan di bawah nama Si Mati seperti: a) Harta Tak Alih: tanah dan rumah. b) Harta Alih: wang simpanan bank, saham, KWSP,...

    Soalan Lazim: Wasiat

    Sep 29, 2022  
    Spread the loveSoalan Lazim: Wasiat  Apakah wasiat? J: Wasiat adalah pemberian oleh pewasiat kepada penerima wasiat sama ada dalam bentuk benda, hutang atau manfaat untuk dimilik dan pemberian tersebut dilaksanakan selepas pewasiat meninggal dunia. Apakah...
  • Solan Lazim: Hibah

    Sep 29, 2022  
    Spread the loveSolan Lazim: Hibah Apakah Hibah? J: Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki ketika Penghibah masih hidup dan tanpa balasan. Adakah saya perlu mendapatkan persetujuan ahli waris yang lain...

    Permasalahan Dalam Pengurusan Dan Pembahagian Harta Pusaka

    Sep 2, 2021  
    Spread the lovePENDAHULUAN Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Anbiya’ 21:35) Yang bermaksud : “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan...
  • Soalan Lazim: Gangguan Orang/Pihak Ketiga

    Sep 2, 2021  
    Spread the love Siapakah golongan yang boleh dianggap sebagai orang ketiga? Tidak ada takrifan yang khusus berkenaan orang ketiga kerana sesiapa sahaja boleh menjadi orang ketiga dalam suatu hubungan suami isteri. Namun secara amnya orang...

    Soalan Lazim: Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

    Sep 2, 2021  
    Spread the love Selepas perceraian berlaku, siapakah yang paling layak untuk mendapat hak jagaan? Jika pasangan suami isteri bercerai dan ketika itu anak-anak mereka (lelaki atau perempuan) belum mencapai usia mumaiyyiz, ibu adalah lebih berhak...
  • Soalan Lazim: Nafkah Anak

    Sep 2, 2021  
    Spread the love Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak? Tanggungjawab Nafkah Anak terletak kepada bapa kandung. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali. Selepas bercerai, saya dan bekas suami bersetuju untuk memberikan...

    Anak Tidak Sah Taraf, Bagaimana Taraf Mereka?

    Sep 2, 2021  
    Spread the loveIsu yang berlegar berkenaan anak tidak sah taraf bukanlah suatu isu baru di kalangan masyarakat kita, namun masih ramai yang belum mempunyai pemahaman dan pengetahuan berkenaan perkara ini. Saya pernah berjumpa dengan seorang...
  • Soalan Lazim: Harta Sepencarian

    Soalan Lazim: Harta Sepencarian

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian. Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan. Apakah...
    Soalan Lazim: Perceraian

    Soalan Lazim: Perceraian

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Apakah jenis perceraian yang boleh difailkan di Mahkamah Syariah? Terdapat beberapa jenis perceraian yang boleh difailkan iaitu: Perceraian Persetujuan Bersama Perceraian Fasakh Khuluk (Tebus Talak) Pengesahan Cerai Pengesahan Lafaz Taklik Apakah alasan...
  • Soalan Lazim: NAFKAH IDDAH & MUT’AH

    Soalan Lazim: NAFKAH IDDAH & MUT’AH

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Siapa yang berhak mendapat Nafkah Iddah? Seorang isteri yang diceraikan berhak mendapat nafkah dengan syarat: Isteri diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk). Ister yang hamil ditalak dengan talak bain (tidak...
    Pemecatan Terancang

    Pemecatan Terancang

    Apr 16, 2021  
    Spread the love DEFINISI Secara amnya, pemecatan terancang (Constructive Dismissal) bermaksud perbuataan seseorang pekerja dalam menamatkan pekerjaannya disebabkan oleh pelanggaran oleh majikan pada perjanjian pekerjaan. Pelanggaran tersebut harus membentuk satu pelanggaran yang kritikal sehingga ianya...
  • Pekerjaan

    Pekerjaan

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Apakah definisi pekerja? Di bawah Akta Kerja 1955, pekerja didefinisikan sebagai:- Mana-mana jenis pekerja dengan gaji bulanan kurang dari RM2000.00; dan Mana-mana pekerja yang bekerja dalam pekerjaan manual termasuk pembantu rumah tangga,...
    Pemulihan Hutang

    Pemulihan Hutang

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Penghutang saya enggan membayar balik hutang yang terhutang kepada saya, apakah yang boleh saya lakukan? Anda boleh memulakan tindakan undang-undang terhadap penghutang untuk mendapatkan kembali hutang anda dengan mengeluarkan surat tuntutan dan/...
  • Fitnah

    Fitnah

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Apakah itu fitnah? Dalam bahasa yang mudah, fitnah berlaku apabila wujudnya pernyataan yang dibuat yang merosakkan atau mencederakan reputasi orang lain. Fitnah boleh terdiri daripada slander atau libel:- Slander berlaku apabila pernyataan...
Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :