Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau kini merupakan Peguam Kanan di Abdul, Low & Partners ("ALP") khusus dalam bidang Korporat dan Komersial.

Beliau mengendalikan pelbagai latar belakang pelanggan korporat, termasuk pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hidayah Centre Foundation, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) (dalam pembiayaan korporat), dan Amanahraya Trustee Berhad. Beliau juga pernah terlibat dan membantu usahawan SME dalam merangka dan menyediakan kontrak komersial untuk mereka seperti, Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement), Surat Ikatan Amanah (Trust Deed), Perjanjian Perkhidmatan Pengarah (Directors Service Agreement), Perjanjian Penjualan Perniagaan (Business Sale Agreement), Perjanjian Jual Beli dan Saham (Shares Sale and Purchase Agreement), Perjanjian Pelesenan (Licensing Agreement), Perjanjian Francais (Franchising Agreement), Perjanjian Usaha Sama (Joint Venture Agreement dan Collaboration Agreement), Perjanjian Pelaburan (Investment Agreement) dan banyak lagi. Beliau turut membantu usahawan SME untuk mendapatkan pembiayaan dan modal perniagaan melalui pelbagai cara mendapatkan dana. Selain itu, beliau juga telah mengendalikan Penggabungan & Pengambilalihan (Merger & Acquisition) antara entiti korporat.

Sepanjang berkhidmat sebagai peguam, beliau turut terlibat dalam bidang Setiausaha Syarikat (Company Secretary), bermula dengan proses penubuhan penubuhan syarikat berhad dengan jaminan (CLBG), syarikat awam tidak tersenarai (UPC) dan syarikat Sdn. Bhd. Beliau lazim dengan garis panduan dan pematuhan yang dikeluarkan oleh SSM, Akta Syarikat 2016, dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

Beliau juga berpengalaman mengendalikan urusan berkaitan hartanah, termasuk penjualan dan pembelian hartanah, sub-jualan, pembelian hartanah di bawah pemaju perumahan, dan turut mengendalikan prosedur berkaitan Tanah Rizab Melayu. Beliau telah menghadiri majlis menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan pembeli dan salah satu pemaju prestij di Malaysia, UDA Land Sdn. Bhd. (anak syarikat UDA Properties).

Memandangkan beliau biasa dengan terma-terma dalam perjanjian pelaburan, Information Memorandum dan Private Placement Memorandum, serta garis panduan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung dengan Syarikat Awam Tidak Tersenarai (UPC), Peers-to-peers platform (P2P) dan Equity Crowdfunding Platform (ECF) dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), beliau telah mengetuai pasukannya dalam bekerjasama dengan pasukan litigasi untuk membantu pihak pelabur dalam menuntut semula jumlah prinsipal/jumlah pelaburan melalui tuntutan pemulihan hutang (Debt recovery claim).

Beliau juga telah membantu pelanggan dari luar Malaysia untuk menubuhkan perniagaan di Malaysia dan memberi nasihat mengenai kontrak perniagaan, undang-undang, lesen, dan pemerbadanan syarikat di Malaysia.

Sebelum beliau menyertai Abdul, Low & Partners, beliau memulakan kerjayanya dengan MAHA Lawyers dan CSQlaw.

Notable transactions

  1. Menasihat dan menderaf Perjanjian Langganan Saham Keutamaan Boleh Tebus (RPS) (Subscription Agreement) dan Information Memorandum untuk UPC yang mempunyai perniagaan fintech dalam mencari dana melalui penerbitan RPS / RPS-I dengan saiz tawaran sehingga RM250 juta.
  2. Menasihati dan menderaf perjanjian untuk Amanahraya Trustee Berhad, sebuah syarikat perkhidmatan pemegang amanah korporat dalam peranan mereka sebagai Custodian dan pemegang amanah kepada pendeposit mereka.
  3. Bertindak sebagai panel peguam kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dalam menyediakan dokumen pembiayaan kepada SME dalam mendapatkan pembiayaan dan pembiayaan (modal kerja) di bawah konsep Islam Tawarruq (pembiayaan korporat).
  4. Bertindak bagi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hidayah Centre Foundation (HCF) dan NAMA Foundation dalam menasihati, menyedia dan menyemak dasar syarikat, dokumen-dokumen dan kontrak-kontrak.
  5. Terlibat dalam proses Penggabungan dan Pengambilalihan (Merger and Acquisition) dan usaha wajar dari segi undang-undang (Legal Due Diligence) bagi pengambilalihan kilang padi di Batu Pahat, Alor Star dan Sg Besar.
  6. Terlibat pada peringkat awal dalam menasihati syarikat-syarikat di Dubai dan Syria yang berhasrat untuk menubuhkan perniagaan (bakeri dan restoran) di Pavilion Kuala Lumpur dan Seremban.
  7. Membantu pelanggan membuka klinik swasta, menubuhkan cawangan baru, dan membeli klinik swasta sedia ada (mengambil alih) di Kuala Lumpur dan Selangor.