Lama web Abdul, Low & Partners (Selepas ini dirujuk sebagai “ALP”) mengandungi  maklumat yang hendaklah dianggap sebagai maklumat am firma ini sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman web  ini  tidak bermaksud untuk mengiklankan perkhidmatan perundangan kami, mencari pelanggan atau untuk memberikan nasihat perundangan. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional.

Maklumat dalam laman web kami tidak mengandungi nasihat perundangan. Maklumat undang-undang, penerbitan peguam, dan maklumat lain telah diambil dari peruntukan undang-undang, keputusan mahkamah, serta peraturan pentadbiran dan tidak boleh dianggap sebagai pendapat undang-undang atau sebagai pengganti peguam.

Penyampaian maklumat kami di laman web ini atau penerimaan maklumat mewujudkan hubungan peguam-klien atau meletakkan sebarang obligasi kepada firma Abdul, Low & Partners.

Kami menafikan semua liabiliti, kepada mana-mana orang, entiti, badan atau organisasi, di atas segala kerugian atau kerosakan dalam apa-apa bentuk, sama ada secara langsung atau tidak langsung, berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan atau tidak dilakukan, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian pergantungan kepada keseluruhan atau mana-mana bahagian kandungan dan / atau bahan dalam laman web ini.

Semua langkah berjaga-jaga yang munasabah telah dibuat untuk memastikan sebarang maklumat dari Abdul, Low & Partners bebas daripada virus atau apa-apa lagi yang boleh mengganggu atau merosakkan operasi sistem komputer pengguna. Walau bagaimanapun, Abdul, Low & Partners tidak bertanggungjawab dan dikecualikan dalam semua bentuk liabiliti  di atas kerugian atau kerosakan, yang disebabkan oleh gangguan atau kerosakan kepada sistem komputer pengguna semasa dan/atau selepas penggunaan laman web ini atau mana-mana  pautan laman web pada laman web ini yang disebabkan oleh virus komputer atau sebaliknya.