Perkahwinan

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan perundangan bagi membantu anda dalam prosiding-prosiding berikut:

i. Permohonan Perkahwinan
– Wali Hakim
– Kebenaran Poligami
ii. Pengesahan & Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara
iii. Nafkah Isteri/Nafkah Isteri Tertunggak
iv. Sabitan Nusyuz

Perceraian

Kami menyediakan nasihat serta bantuan perundangan bagi membantu pelanggan kami menentukan jenis perceraian yang tepat berdasarkan keadaan dan fakta kes mereka.
Jenis perceraian adalah seperti berikut:

i. Persetujuan bersama
ii. Fasakh
iii. Ta’liq
iv. Khulu’ (tebus talak)
v. Anggapan kematian
vi. Faraq pernikahan
x. Pengesahan Lafaz Cerai

Peguam-peguam kami berpengalaman lebih 17 tahun dalam perundangan Syariah dan telah mengendalikan pelbagai jenis kes perceraian. Malah kami juga pernah mengendalikan perceraian yang melibatkan suami yang tidak bersetuju untuk melafazkan cerai, suami yang tidak dapat dikesan dan pelbagai jenis kes perceraian yang rumit.

Tuntuan Selepas Perceraian (Wanita)

Kami membantu mempertahankan hak-hak anda selepas perceraian dan di sepanjang prosiding perundangan.

i. Nafkah Iddah
ii. Mutaah
iii. Nafkah tertunggak

Tuntutan Harta Sepencarian

Kami membantu permasalahan perundangan berkenaan hak-hak anda dalam harta sepencarian yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan dan dalam penyediaan dokumen serta permohonan-permohonan yang berkenaan.

Tuntutan Berkaitan Anak

Kami juga boleh membantu anda untuk mendapatkan hak-hak berkaitan dengan anak iaitu:-

i. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
ii. Pengesahtarafan Anak
iii. Nafkah Anak
iv. Nafkah Tertunggak

Pelaksanaan & Penguatkuasaan Perintah

Selepas Mahkamah mengeluarkan Perintah berkenaan permohonan atau tuntutan yang dipohon, sering timbul permasalahan apabila pihak satu lagi tidak memberikan kerjasama untuk melaksanakan Perintah Mahkamah tersebut. Namun begitu anda mempunyai beberapa pilihan untuk melaksana dan menguatkuasakan Perintah Mahkamah tersebut iaitu:-

i. Ubah Perintah
ii. Perlaksanaan Perintah
iii. Penghutang Penghakiman
iv. Komital/Notis Tunjuk Sebab

Kami boleh membantu anda dengan memberikan konsultasi berkaitan pilihan yang ada untuk melaksanaan Perintah Mahkamah tersebut dan membantu anda di sepanjang prosiding perundangan di Mahkamah.

Pertanyaan? Sila Hubungi Peguam Kami

Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :
 

Bidangkuasa Mahkamah Syariah

Perceraian & Perkahwinan1
Wasiat, Faraid & Harta Pusaka2
Jenayah Syariah3
Rayuan Syariah4
Lain-Lain 5

Bindangkuasa Mahkamah Sivil

Tuntutan Sivil/ Hutang 1
Kebankrapan & Likuidasi Syarikat2
Perjanjian Jual /Beli / Pinjaman3
Komersial/ Korporat4
Rayuan Sivil5
Lain-Lain6

Service details

Categories: