1. Ini adalah Notis Privasi dan Abdul, Low & Partners (Selepas ini akan dirujuk sebagai “ALP”) adalah tertakluk kepada notis ini ketika berurusan dengan perlindungan data peribadi. Notis ini boleh diubah dari masa ke semasa untuk melindungi data peribadi.
  2. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") telah dikuatkuasakan, oleh itu ALP adalah dengan ini terikat untuk memberi notis dan memerlukan persetujuan berhubung pengumpulan, perekodan, penggunaan, penyampaian dan penyimpanan maklumat peribadi.

A. Apa itu Data Peribadi 
Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang secara langsung atau tidak langsung boleh mengenal pasti seseorang termasuk data peribadi sensitif dan penyataan pendapat. Antara lain ia termasuk: -

  1. Nama
  2. Kad Pengenalan
  3. Nombor Telefon
  4. Alamat Kediaman
  5. Alamat Emel
  6. Sejarah Pekerjaan
  7. Sejarah Perubatan
  8. Maklumat Akaun Bank
  9. Maklumat Keluarga
  10. Maklumat-maklumat lain yang mendedahkan data peribadi dan keluarga.

B. Sumber Bagi Data Peribadi 
Dalam memberikan perkhidmatan yang berkaitan, ALP boleh mendapatkan data peribadi daripada pelbagai sumber, antaranya seperti:

  1. Laman Web
    • Kalau memperolehi maklumat anda dari laman web ini, melalui pertanyaan anda berkenaan perkhidmatan perundangan kami.
    • Alamat IP anda secara automatik akan mendaftar masuk ke komputer pelayan kami. Secara umumnya kami tidak menghubungkan alamat IP anda untuk mengenal pasti setiap pautan kecuali di dalam kes pelanggaran yang serius.
    • Anda boleh mengubah pelayar anda untuk tidak mengaktifkan "cookies" bagi menghalang penyimpanan maklumat tertentu di dalam sistem anda.
  2. Diri anda
    • Melalui interaksi dengan kami di majlis, seminar dan program yang dikendalikan oleh kami.
    • Dari permohonan yang dikemukakan kepada kami.
    • Dengan mengemukakan apa-apa permohonan/maklumat anda atau pihak ketiga kepada kami, anda adalah dengan ini dianggap telah memperoleh kebenaran untuk pengishtiharan maklumat anda selaru dengan Notis Privasi ini.
    • Sila jangan berikan maklumat peribadi anda jika anda tidak memberikan kebenaran pengisytiharan maklumat anda seperti yang dinyatakan.

C. Tujuan Data Peribadi: 

Dalam memenuhi tanggungjawab kami ke atas anda, data peribadi anda boleh digunakan bagi tujuan-tujuan yang tidak terhad seperti berikut:-

  1. Untuk menyediakan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang anda perolehi dari kami.
  2. Untuk berkomunikasi dengan anda;
  3. Untuk menjemput anda menghadiri majlis, seminar dan program anjuran kami;
  4. Untuk tujuan komunikasi;
  5. Untuk memudahkan pembayaran bagi perkhidmatan kami;
  6. Untuk tujuan pemasaran dan pentadbiran dalaman;
  7. Untuk tujuan mematuhi undang-undang dan peraturan termasuk keperluan mana-mana jabatan/badan kerajaan atau pihak berkuasa atau mahkamah;
  8. Untuk tujuan pengambilan kerja dan tujuan perniagaan yang lain;
  9. Untuk memberi sebarang maklum balas, menjawab aduan dan pertanyaan.

D. Penyampaian Data Peribadi:

ALP adalah di bawah obligasi undang-undang untuk menjamin dan melindungi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda. Namun obligasi tersebut tidak termsuk penyampaian data peribadi kepada pihak berikut:-

  1. Mana-mana pihak, agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun, dan/atau pengawal selia industri yang perlu dipatuhi berdasarkan undang-undang;
  2. Auditor kami, perunding, peguam atau penasihat profesional yang kami lantik bagi tujuan perniagaan dan/atau Majlis Peguam;
  3. Pihak ketiga iaitu penyedia perkhidmatan kami atau pihak lain yang dianggap perlu dan patut.

E. Pengekalan Data Peribadi 
Apa-apa maklumat peribadi akan disimpan oleh ALP bagi tujuan-tujuan di atas dan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan akan dibinasakan dan/atau dihapuskan mengikut polisi ALP apabila maklumat tersebut tidak lagi diperlukan.

F. Akses Kepada Data Peribadi
Anda boleh mengakses dan mengemaskini data peribadi anda dengan menulis kepada kami di Hubungi Kami. Sekiranya diperlukan, kami mungkin meminta maklumat tambahan atau pengesahan.

G. Persetujuan Adalah Penting
Dengan menghantar atau memberikan data peribadi anda kepada ALP, anda telah mengizinkan dan bersetuju untuk data peribadi anda untuk digunakan selaras dengan terma dan syarat-syarat dalam Notis ini dan polisi kami yang berkaitan.

H. Penarikan Balik Persetujuan

  1. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menulis kepada kami. Sekiranya perlu, kami mungkin memerlukan maklumat atau pengesahan lanjut.
  2. Jika anda tidak bersetuju atau kemudiannya menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan dan pennyampaian data peribadi anda, ALP tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab ALP atau menghubungi anda atau membantu anda berkaitan dengan tujuan-tujuan diatas dan/atau tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan-tujuan diatas.
  3. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Notis Privasi ini, sila Hubungi Kami