Mursyidatun Adilah Binti Mohamad Nasar menerima Ijazah Sarjana Muda Fiqh & Usul Fiqh (Kepujian) di Universiti Al Al-Bayt , Jordan dan juga memegang Diploma Lanjutan Pentadbiran Kehakiman Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mursyida telah memulakan kariernya dalam bidang undang-undang sebagai Pelatih Dalam Kamar di Tetuan Azaine & Fakhrul pada tahun 2018 dan telah didaftaraikan sebagai Peguam Syarie mulai tahun 2019 sehingga kini. Mursyida telah menerima pentauliahan Peguam Syarie di beberapa buah negeri iaitu Negeri Perak, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Negeri Melaka dan Negeri Selangor.

Sepanjang pengalaman undang-undang beliau, beliau telah didedahkan dan dipercayai untuk menangani sendiri di dalam banyak kes yang berkaitan undang-undang keluarga seperti perceraian, harta sepencarian, permohonan pengesahan pernikahan, tuntutan-tuntutan selepas perceraian, hak jagaan anak, pengurusan harta pusaka, dan sebagainya daripada Mahkamah Rendah Syariah sehingga Mahkamah Rayuan Syariah. Hal ini membuktikan bahawa beliau berkebolehan dalam menguruskan dan mengendalikan kes-kes berkaitan undang-undang Syariah.

Mursyida telah mengendalikan pelbagai jenis kes yang biasa difailkan di Mahkamah Syariah dan juga yang jarang difailkan. Antara kes-kes yang telah dikendalikan oleh beliau termasuklah Injuksi Tegahan Kacau Ganggu mewakili ahli keluarga politik terkenal yang memegang jawatan sebagai Menteri Kanan dalam pelbagai penggal kerajaan. Selain itu, beliau juga telah mengendalikan kes Rayuan terhadap Tuntutan Perceraian melibatkan seorang ahli perniagaan terkenal di mana syarikatnya merupakan pembekal Perkhidmatan Air Utama di Malaysia. Beliau juga telah mengendalikan tuntutan Mutáh yang melibatkan jumlah melebihi RM300,000-00.

Mursyida kini adalah sebahagian daripada pasukan peguam di Abdul, Low & Partners. Mursyida sentiasa memberikan perkhidmatan undang-undang yang terbaik dari segi bantuan undang-undang kepada kesemua Anakguamnya sama ada di dalam atau di luar kamar Mahkamah. Mursyida juga aktif menyumbang kepada masyarakat dengan menjadi Moderator bagi forum “Analisis : Kemelut Penjagaan Anak Selepas Perceraian” anjuran IKRAM Malaysia dan sebagai salah seorang penyampai bagi segmen “1 soalan 1 kemusykilan” dalam radio Selangor FM.

Selain itu, Mursyida menyumbangkan masa dan kemahiran beliau sebagai pengamal undang-undang untuk berkongsi pengalaman dan memberi panduan terhadap prosedur undang-undang berkaitan Undang-undang Keluarga dan isu-isu syariah. Sumbangan beliau dalam memberikan kesedaran undang-undang dan membantu individu dalam menangani kerumitan isu undang-undang keluarga adalah sangat dihargai dalam masyarakat.

Mursyida percaya bahawa setiap individu mempunyai hak masing-masing dan bagi melakukan sesuatu perkara dengan adil, hak tersebut hendaklah diletakkan pada tempatnya. Ia adalah komitmen yang tidak terhalang untuk memastikan bahawa hak-hak Anakguam beliau dilindungi dan dibela sewajarnya sepanjang proses mahkamah. Itulah kebahagiaan yang beliau rasai dalam menangani kebimbangan sepanjang kerjayanya.

“Apabila kamu menguasai ketakutan kamu maka kamu akan merasai kegembiraan” ialah motto yang Mursyida jadikan pegangan, menbuktikan kekuatan dan keazaman beliau dalam mempertahankan keadilan buat Anakguam beliau.