Fathi menerima Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa (Dengan Kepujian) pada tahun 2021 serta Diploma Lepasan Ijazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie pada tahun 2022 daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau telah melengkapkan Latihan Dalam Kamar di Tetuan Amli & Associates pada tahun 2023 sebelum ditauliahkan sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Selangor dan Negeri Sembilan pada tahun 2024. Pada tahun 2026, beliau turut memperoleh tauliah Peguam Syarie bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang mediator bertauliah sejak tahun 2022.

Fathi berpengalaman mengendalikan pelbagai kes mal syariah termasuk tuntutan harta sepencarian, hak jagaan anak, mut’ah, nafkah tertunggak, nafkah anak, injunksi dan lain-lain. Beliau juga pernah mengendalikan serta terlibat secara langsung dalam kes-kes jenayah syariah seperti khalwat dan akuan palsu.

Kini, beliau beramal di Tetuan Abdul, Low & Partners dengan fokus untuk memberikan khidmat guaman syariah yang profesional, efektif dan berteraskan keadilan demi melindungi hak serta kepentingan anak guam.

Di samping amalan guamannya, Fathi turut aktif menyebarkan kesedaran dan literasi undang-undang syariah melalui media sosial serta terlibat dalam pelbagai program ilmiah dan kemasyarakatan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial profesional.

"Teliti Mendengar, Tegas Membela." Inilah prinsip yang menjadi pegangan beliau sepanjang kerjaya guaman. Fathi percaya bahawa setiap strategi perundangan bermula dengan mendengar dan memahami keperluan anak guam secara mendalam, sebelum memperjuangkan hak mereka melalui advokasi yang tegas, beretika dan berprinsip.