Mohamad Zufarsyah memegang ijazah sarjana muda, LLB. (Kepujian) dari Universiti Malaya dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2016. Beliau memulakan perjalanannya dalam amalan perundangan sebagai pelatih di bawah bimbingan seorang peguam kanan yang disegani. Dalam tempoh masa tersebut, beliau didedahkan kepada seluk-beluk penyelesaian konflik. Beliau telah menangani pelbagai masalah perundangan dalam bidang amalan guaman yang melibatkan undang-undang komersial dan kontrak, undang-undang pekerjaan, harta intelek dan tort.

Sebagai pengamal undang-undang, beliau telah diberikan kepercayaan dalam mengendalikan pendengaran dan membantu peguam-peguam kanan dalam kes-kes dari mahkamah majistret hingga ke mahkamah rayuan. Daripada pengalamannya dalam penyelesaian konflik, beliau mampu memberikan nasihat guaman yang praktikal kepada klien daripada pelbagai latar belakang dan membantu mereka dalam memperoleh hak undang-undang mereka. Juga, usaha beliau berterusannya untuk mendapatkan kesedaran komersial membolehkannya memberikan penyelesaian undang-undang yang sesuai dengan keperluan semasa pemilik perniagaan.

Kini, beliau berusaha untuk mengembangkan kariernya dalam amalan perundangan dengan menyertai Tetuan Low & Partners. Beliau menawarkan perkhidmatannya dalam bidang litigasi am. Beliau percaya bahawa pengetahuan dan perlindungan undang-undang harus dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat dan beliau pada setiap masa mampu dan bersedia memberikannya.

Kes-Kes Dilaporkan:

  1. Azanizam Masum v Orogenic Resources Sdn Bhd [2020] 2 LNS 0206
  2. Yusuf Maulana Anwar v Damai Rainforest Resort Sdn Bhd [2019] 2 LNS 2593
  3. Chow Chuan Fat v Yeo Chai Seng & Ors [2018] MLJU 914

Pengalaman Terkini:

  1. Bertindak sebagai kaunsel bersama dalam tuntutan pemulihan korporat sebanyak RM13juta terhadap suatu syarikat perkapalan kerana pelanggaran kontrak.
  2. Bertindak sebagai kaunsel bersama dalam mewakili tindakan kelas terhadap suatu pemaju perumahan tempatan kerana salah nyata frod dan mendapatkan ganti rugi berjumlah RM2.5juta.
  3. Bertindak sebagai kaunsel bersama dalam mewakili suatu syarikat pembungkusan tempatan untuk tuntutan pelanggaran kontrak dan pemulihan kerugian sebanyak RM1.3juta.
  4. Bertindak sebagai kaunsel bersama bagi pihak syarikat pengudaraan terhadap pemaju tempatan yang terkemuka bagi mendapatkan ganti rugi berjumlah RM1.2juta.
  5. Bertindak sebagai kaunsel bersama terhadap suatu syarikat telekomunikasi tersenarai awam Malaysia atas tindakan pemecatan tidak adil di Mahkamah Perusahaan.
  6. Bertindak sebagai kaunsel bersama terhadap suatu syarikat pertanian utama tempatan tersenarai awam atas tindakan pemecatan tidak adil di Mahkamah Perusahaan.