Soalan Lazim: Perceraian

Spread the love
  1. Apakah jenis perceraian yang boleh difailkan di Mahkamah Syariah?

    Terdapat beberapa jenis perceraian yang boleh difailkan iaitu:

    1. Perceraian Persetujuan Bersama
    2. Perceraian Fasakh
    3. Khuluk (Tebus Talak)
    4. Pengesahan Cerai
    5. Pengesahan Lafaz Taklik
  2. Apakah alasan yang membolehkan saya memfailkan perceraian secara Fasakh?

    Berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, Fasakh boleh dipohon berdasarkan alasan berikut:

    1. Keberadaan suami/ isteri tidak diketahui melebihi satu (1) tahun.
    2. Suami gagal/cuai menyediakan nafkah selama tiga (3) bulan.
    3. Suami/ isteri dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih.
    4. Suami/ isteri telah tidak menunaikan nafkah batin selama tempoh satu tahun.
    5. Suami telah mati pucuk.
    6. Suami/ isteri telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit.
    7. Isteri telah dikahwinkan oleh wali Mujbir sebelum mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan belum disetubuhi oleh suaminya.
    8. Suami/ isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu:
      1. Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan menderita.
      2. Berkawan dengan perempuan/ lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak.
      3. Memaksa isteri hidup secara lucah.
      4. Melupuskan harta isteri/ suami atau melarang isteri/ suami itu dari menggunakan hak.
      5. Menghalang isteri/ suami dari menjalankan kewajipan atau amalan agamanya.
      6. Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang dan tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil.
      7. Isteri masih belum disetubuhi selepas empat bulan bernikah kerana keengganan suami.
      8. Apa-apa alasan lain yang diiktiraf di bawah Hukum Syarak.
  3. Apakah maksud perceraian taklik?

    Taklik adalah perjanjian yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah dan cerai taklik boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas lafaz taklik tersebut dan disahkan oleh Mahkamah Syariah.

  4. Suami saya ada melafazkan cerai bersyarat kepada saya, adakah ia juga dianggap sebagai lafaz taklik?

    Ya. Sebagai contoh jika suami melafazkan “Kalau awak keluar dari rumah ini, saya ceraikan talak satu”, ia adalah lafaz taklik dan suami atau isteri perlu memfailkan pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Syariah.

  5. Bagaimana cara untuk memfailkan perceraian secara khuluk (tebus talak)?

    Jika kedua pihak bersetuju bercerai secara tebus talak, Mahkamah akan mengarahkan suami melafazkan perceraian dengan cara penebusa dan perceraian itu tak boleh dirujuk semula.

    Namun jika pihak-pihak tidak bersetuju dengan jumlah bayaran tebus talak, Mahkamah akan mempertimbangkan berdasarkan sumber kewangan pihak-pihak dan menetapkan jumlah tersebut.

  6. Suami saya telah meninggalkan saya dengan gantung tak bertali, adakah saya boleh memfailkan perceraian atas alasan ini?

    Tiada istilah gantung tak bertali di Mahkamah Syariah, jika pihak isteri ingin memfailkan tuntutan perceraian, boleh memohon perceraian secara fasakh, taklik, khuluk atau secara hakam.

  7. Saya dan suami bertengkar di rumah dan suami telah melafazkan talak. Apa yang perlu saya lakukan?

    Perceraian tidak hanya berlaku di Mahkamah Syariah sahaja dan ia boleh berlaku di mana-mana. Malah perceraian ini juga boleh berlaku secara lisan atau bertulis.

    Apabila kejadian ini berlaku, pihak suami/ isteri perlu memfailkan pengesahan lafaz talak tersebut di Mahkamah Syariah. Apabila Mahkamah mengesahkan perceraian tersebut, pihak-pihak perlu mendaftarkan perceraian tersebut di Pejabat Agama Islam.

  8. Selepas berlaku perceraian, apakah hak yang boleh dituntut oleh seorang isteri?

    Hak yang boleh dituntut oleh seorang isteri selepas berlaku perceraian adalah:

    1. Nafkah Iddah.
    2. Mut’ah.
    3. Harta Sepencarian.
    4. Hak Jagaan Anak (Hadhanah).
    5. Nafkah Anak.
    6. Tunggakan Nafkah Isteri/Anak.
Artikel ini disediakan oleh
Nursahila binti Ayub
Associate,  Abdul, Low & Partners

Artikel Berkaitan:   

  • Soalan Lazim: Faraid

    Sep 29, 2022  
    Spread the loveSoalan Lazim: Faraid Harta apa yang boleh difaraidkan? J: Harta yang didaftarkan di bawah nama Si Mati seperti: a) Harta Tak Alih: tanah dan rumah. b) Harta Alih: wang simpanan bank, saham, KWSP,...

    Soalan Lazim: Wasiat

    Sep 29, 2022  
    Spread the loveSoalan Lazim: Wasiat  Apakah wasiat? J: Wasiat adalah pemberian oleh pewasiat kepada penerima wasiat sama ada dalam bentuk benda, hutang atau manfaat untuk dimilik dan pemberian tersebut dilaksanakan selepas pewasiat meninggal dunia. Apakah...
  • Solan Lazim: Hibah

    Sep 29, 2022  
    Spread the loveSolan Lazim: Hibah Apakah Hibah? J: Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki ketika Penghibah masih hidup dan tanpa balasan. Adakah saya perlu mendapatkan persetujuan ahli waris yang lain...

    Permasalahan Dalam Pengurusan Dan Pembahagian Harta Pusaka

    Sep 2, 2021  
    Spread the lovePENDAHULUAN Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Anbiya’ 21:35) Yang bermaksud : “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan...
  • Soalan Lazim: Gangguan Orang/Pihak Ketiga

    Sep 2, 2021  
    Spread the love Siapakah golongan yang boleh dianggap sebagai orang ketiga? Tidak ada takrifan yang khusus berkenaan orang ketiga kerana sesiapa sahaja boleh menjadi orang ketiga dalam suatu hubungan suami isteri. Namun secara amnya orang...

    Soalan Lazim: Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

    Sep 2, 2021  
    Spread the love Selepas perceraian berlaku, siapakah yang paling layak untuk mendapat hak jagaan? Jika pasangan suami isteri bercerai dan ketika itu anak-anak mereka (lelaki atau perempuan) belum mencapai usia mumaiyyiz, ibu adalah lebih berhak...
  • Soalan Lazim: Nafkah Anak

    Sep 2, 2021  
    Spread the love Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak? Tanggungjawab Nafkah Anak terletak kepada bapa kandung. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali. Selepas bercerai, saya dan bekas suami bersetuju untuk memberikan...

    Anak Tidak Sah Taraf, Bagaimana Taraf Mereka?

    Sep 2, 2021  
    Spread the loveIsu yang berlegar berkenaan anak tidak sah taraf bukanlah suatu isu baru di kalangan masyarakat kita, namun masih ramai yang belum mempunyai pemahaman dan pengetahuan berkenaan perkara ini. Saya pernah berjumpa dengan seorang...
  • Soalan Lazim: Harta Sepencarian

    Soalan Lazim: Harta Sepencarian

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian. Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan. Apakah...
    Soalan Lazim: Perceraian

    Soalan Lazim: Perceraian

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Apakah jenis perceraian yang boleh difailkan di Mahkamah Syariah? Terdapat beberapa jenis perceraian yang boleh difailkan iaitu: Perceraian Persetujuan Bersama Perceraian Fasakh Khuluk (Tebus Talak) Pengesahan Cerai Pengesahan Lafaz Taklik Apakah alasan...
  • Soalan Lazim: NAFKAH IDDAH & MUT’AH

    Soalan Lazim: NAFKAH IDDAH & MUT’AH

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Siapa yang berhak mendapat Nafkah Iddah? Seorang isteri yang diceraikan berhak mendapat nafkah dengan syarat: Isteri diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk). Ister yang hamil ditalak dengan talak bain (tidak...
    Hak Jagaan Anak

    Hak Jagaan Anak

    Apr 16, 2021  
    Spread the loveHADHANAH: Bagaimana Status Hak Jagaan Anak Selepas Perceraian? Isu Hadhanah atau hak jagaan anak sering timbul apabila berlakunya permasalahan rumah tangga atau perceraian di antara pasangan suami dan isteri. Perebutan hak jagaan anak...

Pertanyaan? Sila Hubungi Peguam Kami

Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :