Hak Jagaan Anak

Spread the love

HADHANAH: Bagaimana Status Hak Jagaan Anak Selepas Perceraian?

Isu Hadhanah atau hak jagaan anak sering timbul apabila berlakunya permasalahan rumah tangga atau perceraian di antara pasangan suami dan isteri. Perebutan hak jagaan anak sama ada di antara ibu dan bapa kandung atau pihak ketiga seperti ahli keluarga yang lain adalah sukar untuk diselesaikan dan sering memberi kesan bukan sahaja kepada pasangan tersebut, malah turut memberi kesan kepada anak tersebut sama ada secara fizikal atau mental.

Selepas berlakunya perceraian, persoalan yang sering timbul adalah siapakah yang akan mendapat hak jagaan anak, apakah hak bagi pihak yang tidak mendapat hak jagaan, berapa lama tempoh penjagaan dan sebagainya.

Alangkah indahnya jika selepas berlaku perceraian, ibu dan bapa kandung kepada anak tersebut boleh berbincang berkenaan hak jagaan anak, nafkah anak dan perkara yang melibatkan kebajikan dan kepentingan anak tersebut secara bersama. Namun realitinya tidak semudah itu. Pihak-pihak akan bertengkar dan berebut hak jagaan anak tersebut sehingga menyebabkan tekanan kepada kedua-dua pihak dan keluarga mereka, namun mereka sering terlupa bahawa perebutan dan pertengkaran terebut juga pada masa yang sama akan memberikan tekanan dari segi emosi dan fizikal kepada anak tersebut.

Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia telah memperuntukkan berkenaan undang-undang serta garis panduan hak jagaan anak dan dengan jelas menyatakan bahawa kebajikan, kepentingan dan kemahuan anak didahulukan berbanding kepentingan ibu bapa.

    Merujuk kepada Seksyen 82 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, ibu kandung adalah paling layak untuk mendapat hak jagaan anak selagi mana ibu kandung tersebut tidak hilang kelayakan sebagai penjaga. Sebab yang membolehkan ibu kandung hilang kelayakan berdasarkan Seksyen 84 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ialah:-

  1. Jika dia berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan.
  2. Jika dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.
  3. Jika dia menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu.
  4. Jika dia murtad.
  5. Jika dia mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

Ketetapan ini menggambarkan penekanan Undang-Undang Keluarga Islam terhadap kebajikan anak tersebut dan bukannya pemilikan ibu bapa terhadap anak tersebut.

    Apabila ibu kandung kepada anak tersebut telah hilang kelayakan, hak jagaan tersebut akan berpindah kepada salah seorang berikut mengikut susunan keutamaan yang diperuntukkan dalam Seksyen 82 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003:-

  1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas;
  2. Bapa;
  3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas;
  4. Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  5. Kakak atau adik perempuan seibu;
  6. Kakak atau adik perempuan sebapa;
  7. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  8. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
  9. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
  10. Emak saudara sebelah ibu;
  11. Emak saudara sebelah bapa;
  12. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari.

Merujuk kepada Seksyen 85 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, tempoh hak jagaan bagi seorang kanak-anak itu tamat apabila anak tersebut mencapai umur mumaiyyiz iaitu tujuh (7) tahun bagi lelaki dan umur sembilan (9) tahun bagi anak perempuan. Setelah tamatnya hak penjaga tersebut, penjagaan adalah turun kepada bapa dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada dengan ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

Namun berlainan bagi hak jagaan anak bagi anak tidak sah taraf di mana hak jagaan anak tersebut adalah milik mutlak ibu kandung dan saudara mara sebelah ibu menurut Seksyen 86 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Walaupun hak jagaan ini telah diperuntukkan dengan jelas dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, namun pihak-pihak masih perlu membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah dan merekodkan hak tersebut sebagai Perintah Mahkamah. Tujuan Perintah Hak Jagaan ini adalah bagi memastikan hak kedua-dua pihak iaitu ibu dan bapa kandung terhadap anak tersebut terjaga dan tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Adalah penting untuk kedua-dua pihak mendapatkan nasihat dan fahaam berkenaan hak mereka dalam peruntukkan undang-undang berkenaan hak jagaan anak agar hak mereka tidak dinafikan dan kebajikan serta kepentingan anak tersebut terjamin.

Artikel ini disediakan oleh
Nursahila binti Ayub
Senior Associate,  Abdul, Low & Partners

Artikel Berkaitan:  

  • Soalan Lazim: Faraid

    Sep 29, 2022  
    Spread the loveSoalan Lazim: Faraid Harta apa yang boleh difaraidkan? J: Harta yang didaftarkan di bawah nama Si Mati seperti: a) Harta Tak Alih: tanah dan rumah. b) Harta Alih: wang simpanan bank, saham, KWSP,...

    Soalan Lazim: Wasiat

    Sep 29, 2022  
    Spread the loveSoalan Lazim: Wasiat  Apakah wasiat? J: Wasiat adalah pemberian oleh pewasiat kepada penerima wasiat sama ada dalam bentuk benda, hutang atau manfaat untuk dimilik dan pemberian tersebut dilaksanakan selepas pewasiat meninggal dunia. Apakah...
  • Solan Lazim: Hibah

    Sep 29, 2022  
    Spread the loveSolan Lazim: Hibah Apakah Hibah? J: Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki ketika Penghibah masih hidup dan tanpa balasan. Adakah saya perlu mendapatkan persetujuan ahli waris yang lain...

    Permasalahan Dalam Pengurusan Dan Pembahagian Harta Pusaka

    Sep 2, 2021  
    Spread the lovePENDAHULUAN Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Anbiya’ 21:35) Yang bermaksud : “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan...
  • Soalan Lazim: Gangguan Orang/Pihak Ketiga

    Sep 2, 2021  
    Spread the love Siapakah golongan yang boleh dianggap sebagai orang ketiga? Tidak ada takrifan yang khusus berkenaan orang ketiga kerana sesiapa sahaja boleh menjadi orang ketiga dalam suatu hubungan suami isteri. Namun secara amnya orang...

    Soalan Lazim: Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

    Sep 2, 2021  
    Spread the love Selepas perceraian berlaku, siapakah yang paling layak untuk mendapat hak jagaan? Jika pasangan suami isteri bercerai dan ketika itu anak-anak mereka (lelaki atau perempuan) belum mencapai usia mumaiyyiz, ibu adalah lebih berhak...
  • Soalan Lazim: Nafkah Anak

    Sep 2, 2021  
    Spread the love Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak? Tanggungjawab Nafkah Anak terletak kepada bapa kandung. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali. Selepas bercerai, saya dan bekas suami bersetuju untuk memberikan...

    Anak Tidak Sah Taraf, Bagaimana Taraf Mereka?

    Sep 2, 2021  
    Spread the loveIsu yang berlegar berkenaan anak tidak sah taraf bukanlah suatu isu baru di kalangan masyarakat kita, namun masih ramai yang belum mempunyai pemahaman dan pengetahuan berkenaan perkara ini. Saya pernah berjumpa dengan seorang...
  • Soalan Lazim: Harta Sepencarian

    Soalan Lazim: Harta Sepencarian

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian. Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan. Apakah...
    Soalan Lazim: Perceraian

    Soalan Lazim: Perceraian

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Apakah jenis perceraian yang boleh difailkan di Mahkamah Syariah? Terdapat beberapa jenis perceraian yang boleh difailkan iaitu: Perceraian Persetujuan Bersama Perceraian Fasakh Khuluk (Tebus Talak) Pengesahan Cerai Pengesahan Lafaz Taklik Apakah alasan...
  • Soalan Lazim: NAFKAH IDDAH & MUT’AH

    Soalan Lazim: NAFKAH IDDAH & MUT’AH

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Siapa yang berhak mendapat Nafkah Iddah? Seorang isteri yang diceraikan berhak mendapat nafkah dengan syarat: Isteri diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk). Ister yang hamil ditalak dengan talak bain (tidak...
    Pemecatan Terancang

    Pemecatan Terancang

    Apr 16, 2021  
    Spread the love DEFINISI Secara amnya, pemecatan terancang (Constructive Dismissal) bermaksud perbuataan seseorang pekerja dalam menamatkan pekerjaannya disebabkan oleh pelanggaran oleh majikan pada perjanjian pekerjaan. Pelanggaran tersebut harus membentuk satu pelanggaran yang kritikal sehingga ianya...
  • Pekerjaan

    Pekerjaan

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Apakah definisi pekerja? Di bawah Akta Kerja 1955, pekerja didefinisikan sebagai:- Mana-mana jenis pekerja dengan gaji bulanan kurang dari RM2000.00; dan Mana-mana pekerja yang bekerja dalam pekerjaan manual termasuk pembantu rumah tangga,...
    Pemulihan Hutang

    Pemulihan Hutang

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Penghutang saya enggan membayar balik hutang yang terhutang kepada saya, apakah yang boleh saya lakukan? Anda boleh memulakan tindakan undang-undang terhadap penghutang untuk mendapatkan kembali hutang anda dengan mengeluarkan surat tuntutan dan/...
  • Fitnah

    Fitnah

    Apr 16, 2021  
    Spread the love Apakah itu fitnah? Dalam bahasa yang mudah, fitnah berlaku apabila wujudnya pernyataan yang dibuat yang merosakkan atau mencederakan reputasi orang lain. Fitnah boleh terdiri daripada slander atau libel:- Slander berlaku apabila pernyataan...

Pertanyaan? Sila Hubungi Peguam Kami

Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :