Soalan Lazim: Pengesahan Pernikahan

Majlis pernikahan yang dilakukan di dalam dan luar negara tanpa kebenaran Mahkamah Syariah sudah menjadi amalan dan budaya masyarakat Malaysia tanpa mengetahui impak serta kesan yang akan berlaku sekiranya pernikahan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan “bernikah tanpa kebenaran”? Bernikah tanpa kebenaran merupakan pernikahan yang dilakukan tanpa memenuhi garis panduan yang…

Soalan Lazim: Tuntutan Perceraian Melalui Hakam

Dalam menuntut perceraian di Mahkamah Syariah, ramai pihak bimbang sekiranya suami/isteri beliau tidak mahu memberikan kerjasama dan tidak bersetuju dalam tuntutan perceraian yang telah difailkan. Oleh itu, wujudnya HAKAM sebagai alternatif bagi memudahkan tuntutan perceraian. 1. Apakah itu Hakam ? Hakam adalah seseorang yang dilantik oleh suami, isteri atau mahkamah sebagai penimbangtara dengan tujuan menyelesaikan…

Soalan Lazim: Faraid

Soalan Lazim: Faraid Harta apa yang boleh difaraidkan? J: Harta yang didaftarkan di bawah nama Si Mati seperti: a) Harta Tak Alih: tanah dan rumah. b) Harta Alih: wang simpanan bank, saham, KWSP, Tabung Haji, iInsurans, barang kemas dan lain-lain. Selepas saya meninggal dunia, siapa yang boleh memohon Perintah Faraid ke atas harta pusaka saya?…

Soalan Lazim: Wasiat

Soalan Lazim: Wasiat  Apakah wasiat? J: Wasiat adalah pemberian oleh pewasiat kepada penerima wasiat sama ada dalam bentuk benda, hutang atau manfaat untuk dimilik dan pemberian tersebut dilaksanakan selepas pewasiat meninggal dunia. Apakah perbezaan wasiat dan hibah? J: Wasiat dilaksanakan selepas pewasiat meninggal duni, hibah dilaksanakan semasa pemberi hibah masih hidup. Berapakah had harta saya…

Solan Lazim: Hibah

Solan Lazim: Hibah Apakah Hibah? J: Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki ketika Penghibah masih hidup dan tanpa balasan. Adakah saya perlu mendapatkan persetujuan ahli waris yang lain sebelum saya menghibahkan harta saya? J: Tidak perlu kerana ia adalah hak Penghibah sepenuhnya untuk menentukan kadar hibah dan kepada siapa harta…

Soalan Lazim: Gangguan Orang/Pihak Ketiga

Siapakah golongan yang boleh dianggap sebagai orang ketiga? Tidak ada takrifan yang khusus berkenaan orang ketiga kerana sesiapa sahaja boleh menjadi orang ketiga dalam suatu hubungan suami isteri. Namun secara amnya orang ketiga adalah pihak yang cuba untuk mengeruh, mengganggu serta meruntuhkan sesebuah institusi kekeluargaan. Orang ketiga ini termasuklah: Ahli keluarga sendiri seperti ibu bapa,…

Soalan Lazim: Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

Selepas perceraian berlaku, siapakah yang paling layak untuk mendapat hak jagaan? Jika pasangan suami isteri bercerai dan ketika itu anak-anak mereka (lelaki atau perempuan) belum mencapai usia mumaiyyiz, ibu adalah lebih berhak menjaganya berbanding orang lain kecuali jika ibu tersebut telah hilang kelayakan/ gugur hak sebagai penjaga. Apakah alasan yang membolehkan seseorang wanita itu hilang…

Soalan Lazim: Nafkah Anak

Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak? Tanggungjawab Nafkah Anak terletak kepada bapa kandung. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali. Selepas bercerai, saya dan bekas suami bersetuju untuk memberikan hak jagaan anak kepada saya. Adakah saya masih boleh menuntut Nafkah Anak daripada bekas suami? Ya, boleh. Walaupun Puan mendapat hak jagaan anak,…

Anak Tidak Sah Taraf, Bagaimana Taraf Mereka?

Isu yang berlegar berkenaan anak tidak sah taraf bukanlah suatu isu baru di kalangan masyarakat kita, namun masih ramai yang belum mempunyai pemahaman dan pengetahuan berkenaan perkara ini. Saya pernah berjumpa dengan seorang remaja yang sedang enam bulan mengandungkan anak luar nikah hasil perhubungannya dengan teman lelaki. Remaja tersebut ingin berkahwin dengan teman lelakinya kerana…

Soalan Lazim: Harta Sepencarian

Soalan Lazim: Harta Sepencarian

Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian. Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan. Apakah harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian? Harta yang boleh dituntut adalah harta alih dan harta tidak alih. Harta Alih: Barang kemas, unit…

Soalan Lazim: Perceraian

Soalan Lazim: Perceraian

Apakah jenis perceraian yang boleh difailkan di Mahkamah Syariah? Terdapat beberapa jenis perceraian yang boleh difailkan iaitu: Perceraian Persetujuan Bersama Perceraian Fasakh Khuluk (Tebus Talak) Pengesahan Cerai Pengesahan Lafaz Taklik Apakah alasan yang membolehkan saya memfailkan perceraian secara Fasakh? Berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, Fasakh boleh dipohon berdasarkan alasan berikut: Keberadaan suami/ isteri tidak diketahui…

Soalan Lazim: NAFKAH IDDAH & MUT’AH

Soalan Lazim: NAFKAH IDDAH & MUT’AH

Siapa yang berhak mendapat Nafkah Iddah? Seorang isteri yang diceraikan berhak mendapat nafkah dengan syarat: Isteri diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk). Ister yang hamil ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak mendapat nafkah sehingga anak lahir. Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak bain, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat…

Hak Jagaan Anak

Hak Jagaan Anak

HADHANAH: Bagaimana Status Hak Jagaan Anak Selepas Perceraian? Isu Hadhanah atau hak jagaan anak sering timbul apabila berlakunya permasalahan rumah tangga atau perceraian di antara pasangan suami dan isteri. Perebutan hak jagaan anak sama ada di antara ibu dan bapa kandung atau pihak ketiga seperti ahli keluarga yang lain adalah sukar untuk diselesaikan dan sering…