Permasalahan Dalam Pengurusan Dan Pembahagian Harta Pusaka

Spread the love

PENDAHULUAN

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Anbiya’ 21:35)

Yang bermaksud :

“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

Sebagai makhluk Allah di muka bumi ini, setiap makhluk akan melalui mati dan itulah pengakhiran hidup kita iaitu mati dan kembali kepada Allah SWT. Apabila seorang manusia itu meninggal dunia dan dikebumikan, tanggungjawab waris-waris untuk mentadbir dan menguruskan harta-harta si mati. Namun demikian, hutang si mati hendaklah dibayar terlebih dahulu dan diselesaikan, menunaikan wasiatnya jika ada dan selebihnya hendaklah membahagikan harta-harta tersebut kepada waris yang berhak mewarisi. Ianya hendaklah disegerakan bagi membolehkan pengurusan dan pembahagian dilakukan dengan adil dan mengikut Hukum Syara’ dan tidak menggunakan harta si mati ke arah yang tidak telus dan batil (bukan hak nya).

MASALAH PERTAMA : NORMA MASYARAKAT MELAYU YANG MENGANGGAP MEMBAHAGIKAN HARTA PUSAKA DENGAN SEGERA ADALAH KERANA TAMAKKAN HARTA-HARTA SI MATI

Masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasa,lemah lembut, tatasusila dan kesopanan yang masih menebal terutama di kawasan kampung yang tidak terlampau dicemari dengan pengaruh di bandar. Masyarakat Melayu takut untuk menguruskan dan membahagikan harta-harta si mati kerana tidak mahu dikatakan tamak, rakus, tidak tahu malu, tidak menghormati si mati yang baru sahaja meninggal.

Sedangkan di dalam Hukum Syara’, pengurusan dan pembahagian segera kepada harta-harta si mati/ arwah adalah amat digalakkan bagi membolehkan hutang si mati/ arwah terbayar dan diselesaikan serta jika ada wasiat dibuat oleh beliau dapatlah disempurnakan dengan segera sebelum bahagian selebihnya boleh dimiliki oleh waris-waris tersebut.

MASALAH KEDUA : TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN TENTANG ILMU FARAID DAN PENGURUSANNYA

Ramai di kalangan masyarakat Melayu dan Islam tidak mempunyai pengetahuan terhadap ilmu faraid atas dasar tidak mahu belajar, mengharapkan hanya golongan tertentu untuk menguruskannya ataupun tidak prihatin akan tuntutan Syara’ tersebut.

MASALAH KETIGA : SESAMA WARIS BERTELINGKAH ATAU TIDAK BERBAIK

Seringkali berlaku, apabila waris-waris ini bertelingkah atas isu lain sebagai contoh si mati adalah isteri, dan tidak mempunyai anak mempunyai konflik dengan suami, dengan itu keluarga isteri tidak berbaik lagi dengan pihak suami apabila suami meningggalkan pihak isteri, dan timbulnya dendam serta marah waris/ahli keluarga isteri kepada pihak suami. Maka, timbul isu siapakah pentadbir yang perlu dilantik bagi menguruskan harta pusaka si isteri/arwah? Berlakulah sesi perebutan dan saling menyalahi hingga melambatkan proses pengurusan dan pembahagian harta si arwah/isteri tersebut.

MASALAH KEEMPAT : TERDAPAT DI KALANGAN WARIS YANG TELAHPUN MENGGUNAKAN HARTA SI MATI SEBELUM SI MATI MENINGGAL DUNIA MERASA TAKUT HARTA TERSEBUT JATUH KE TANGAN WARIS YANG LAIN

Ada di kalangan waris ini sudah merasa selesa duduk di rumah atau tanah yang dimiliki oleh si mati/arwah tersebut sebelum beliau meninggal dunia. Mereka risau sekiranya rumah atau tanah tersebut diuruskan dengan segera dan dibahagikan, mereka harus keluar daripada rumah/tanah tersebut. Mungkin juga ahli waris yang lain mahukan tanah/rumah tersebut dijual dan dibahagikan wang hasil jualan tersebut mengikut kiraan faraid yang tidak dipersetujui oleh ahli waris yang menduduki rumah/tanah tersebut ataupun apabila mereka telah dengan tidak jujur menukar tanah/rumah tersebut atas nama anak-anak mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran ahli waris yang lain. Maka, berlakulah konflik dan masalah hingga melibatkan saman-menyaman dan tuntutan di Mahkamah Syariah dan Sivil bertahun-tahun tiada penyelesaian apabila pihak yang telah mengambil tanah/rumah/duit tersebut enggan untuk memulangkannya dengan cara baik.

WALI HAKIM: BILAKAH IA DIPERLUKAN DALAM SESUATU PERNIKAHAN?

Sep 29, 2026  
Wali merupakan salah satu rukun wajib dalam pernikahan Islam. Tanpa wali yang sah, sesuatu akad nikah tidak boleh dianggap sempurna. Wali utama ialah wali nasab, iaitu bapa kandung pengantin perempuan, dan jika tiada, perlu mengikut...

WASIAT WAJIBAH

Sep 29, 2026  
Apakah Wasiat Wajibah? Wasiat Wajibah ialah peruntukan undang-undang yang membolehkan sebahagian daripada harta pusaka diberikan kepada waris tertentu yang tidak layak menerima harta melalui sistem faraid biasa, walaupun Si Mati tidak pernah membuat sebarang wasiat...

Proses Membeli Rumah Pertama

Sep 29, 2026  
1. Kenal pasti rumah yang hendak dibeli • Semak Harga Jual Beli. • Semak lokasi dan keadaan rumah. • Semak sama ada rumah freehold / leasehold (minta daripada ejen / tuan rumah Salinan geran) •...

Pertanyaan? Sila Hubungi Peguam Kami