Proses Membeli Rumah Pertama

1. Kenal pasti rumah yang hendak dibeli
• Semak Harga Jual Beli.
• Semak lokasi dan keadaan rumah.
• Semak sama ada rumah freehold / leasehold (minta daripada ejen / tuan rumah Salinan geran)
• Semak berapa Deposit / downpayment yg diminta
• Semak dgn peguam berapa Legal fees, Stamp duty dan yuran-yuran lain yang terlibat
• Renovation / moving costs
• Maintenance / sinking fund, jika strata


2. Sebelum bayar booking / earnest deposit
Semak dahulu:
• Harga jual beli dan harga pasaran.
• Semak kelayakan loan yang boleh diperoleh.
• Kemampuan bayar monthly instalment termasuk Maintenance Charges and Sinking Fund (komitmen bulanan).
• Nama pemilik berdaftar (nama tuan rumah / pemaju).
• Ada atau tidak caveat / charge / sekatan (tuan rumah kena mohon untuk tarik balik caveat dahulu – rujuk peguam anda).
• Status cukai tanah dan cukai taksiran (berapa bulanan, ada tunggakan atau tidak).
• Pastikan terma booking form jelas:
• Deposit berapa?
• Bila baki deposit perlu dibayar?
• Dapatkan pengesahan daripada ejen, tanggungjawab membayar Agency Fee
• Apa berlaku jika loan tidak lulus, Deposit refundable atau tidak?
• Tempoh untuk tandatangan SPA, tanpa penalti.


3. Semak kelayakan loan bank
• Semak anggaran loan eligibility dengan beberapa bank.
• Bank biasanya akan tengok:
– Pendapatan
– Komitmen bulanan
– CCRIS / CTOS
– Umur
– Jenis pekerjaan
– Harga dan jenis hartanah


4. Bandingkan loan beberapa bank
Bandingkan:
• Interest / profit rate
• Margin of financing
• Monthly instalment
• Loan tenure
• Lock-in period
• Early settlement charges
• MRTA / MLTA, jika ada
• Legal fees on loan documentation / valuation fees yang ditanggung bank
• Flexi / semi-flexi / conventional / Islamic financing

Pilih berdasarkan keseluruhan pakej, bukan rate semata-mata.


5. Lantik peguam
Perlu lantik dan berurusan dengan 2 peguam berasingan:

Peguam 1 — SPA Lawyer Peguam 2 — Financing Lawyer

Menguruskan urusan Sale and Purchase Agreement (SPA) sehingga pendaftaran geran.

  • Dokumentasi jual beli
  • Semakan title / hartanah
  • Urusan Consent, jika diperlukan
  • Urusan Stamp Duty / Duti Setem (rujuk peguam untuk semak kelayakan pengeucalian / peremitan duti setem)
  • Pendaftaran pindah milik
  • Hantaran Borang CKHT di LHDN

Menguruskan dokumentasi pinjaman / pembiayaan dengan bank:

  • Dokumen Fasiliti / Pinjaman / Pembiayaan antara pembeli dan bank
  • Urusan Pendaftaran gadaian
  • Urusan Melepaskan Gadaian, sekiranya berkaitan
  • Disbursement loan

*Peguam perlu dilantik daripada panel bank berkenaan. Jadi sebelum lantik lawyer, semak dahulu sama ada firma tersebut adalah panel bank yang dipilih.

*Dalam sesetengah kes, firma yang sama boleh mengendalikan kedua-dua SPA dan loan jika ia merupakan panel bank. Jadi bukan semestinya dua firma berbeza.

Artikel ini disediakan oleh
Nur Syamimi Binti Khalid
Senior Associate,  Abdul, Low & Partners