Anak Tidak Sah Taraf, Bagaimana Taraf Mereka?

Spread the love

Isu yang berlegar berkenaan anak tidak sah taraf bukanlah suatu isu baru di kalangan masyarakat kita, namun masih ramai yang belum mempunyai pemahaman dan pengetahuan berkenaan perkara ini.

Saya pernah berjumpa dengan seorang remaja yang sedang enam bulan mengandungkan anak luar nikah hasil perhubungannya dengan teman lelaki. Remaja tersebut ingin berkahwin dengan teman lelakinya kerana ingin mem”bin” atau “binti”kan anak tersebut dengan nama teman lelakinya.

Malah saya juga pernah berjumpa dengan seorang wanita yang ingin menuntut nafkah anak ke atas anak tidak sah taraf yang diperolehi hasil hubungan beliau dan bekas suaminya sebelum pernikahan mereka. Alasan wanita tersebut adalah kerana bekas suaminya tersebut adalah bapa biologi anak tersebut.

Melalui situasi tersebut, dapat kita lihat bahawa remaja dan wanita tersebut adalah sebahagian dari kalangan masyarakat kita yang tidak berpengetahuan berkenaan isu anak tidak sah taraf walaupun perkara yang asas seperti isu nasab anak tidak sah taraf.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 (“Muzakarah Fatwa Kebangsaan”) telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf dan memutuskan seperti berikut:

  1. Anak Tak Sah Taraf ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
  2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).

Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.
Merujuk kepada situasi remaja tersebut, walaupun remaja itu ingin berkahwin dengan teman lelakinya, bapa biologi kepada anak tersebut, anak tersebut masih dikira sebagai anak tidak sah taraf dan tidak boleh dinasabkan kepada teman lelakinya. Tambahan anak tersebut akan lahir kurang dari tempoh enam bulan dari tempoh perkahwinan mereka.

Seterusnya bagi hak jagaan anak bagi anak tidak sah taraf adalah sepenuhnya diberikan kepada ibu kandung dan saudara mara ibu kandung tersebut sahaja. Manakala bagi isu berkiatan dengan nafkah anak tidak sah taraf adalah di bawah tanggungan ibu kandung anak tersebut.

Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 ada memperuntukkan berkenaan perkara ini dalam Seksyen 80 dan 85.

Oleh itu, seorang perempuan yang melahirkan anak tidak sah taraf tidak boleh menuntut nafkah anak ke atas bapa biologi anak tersebut di mana-mana Mahkamah Syariah. Begitu juga sebaliknya bagi kes hak jagaan anak.

Namun jika terdapat persetujuan bersama berkenaan hak jagaan dan nafkah anak tidak sah taraf di antara ibu kandung dan bapa biologi anak tersebut, suatu perjanjian persetujuan boleh dibuat dan diendorskan di Mahkamah Syariah.

Walaupun anak tidak sah taraf ini adalah hak sepenuhnya ibu kandung, namun atas dasar tanggungjawab dan kemanusiaan, adalah tidak menjadi kesalahan jika bapa biologi anak tersebut turut bersama membantu membesarkan anak tersebut sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan sebagainya.

Benar anak tidak sah taraf ini adalah hasil kesilapan pasangan tersebut, namun jangan ditambah lagi kesilapan itu dengan membiarkan kebajikan dan kemaslahatan anak tidak sah taraf tersebut terabai.

Anak tidak sah taraf ini perlu dilayan sama rata dengan anak sah taraf yang lain kerana mereka juga manusia biasa yang ingin merasakan kehidupan yang normal seperti kanak-kanak lain.

Artikel ini disediakan oleh
Nursahila binti Ayub
Associate,  Abdul, Low & Partners

Soalan Lazim: Faraid

Sep 29, 2022  
Spread the loveSoalan Lazim: Faraid Harta apa yang boleh difaraidkan? J: Harta yang didaftarkan di bawah nama Si Mati seperti: a) Harta Tak Alih: tanah dan rumah. b) Harta Alih: wang simpanan bank, saham, KWSP,...

Soalan Lazim: Wasiat

Sep 29, 2022  
Spread the loveSoalan Lazim: Wasiat  Apakah wasiat? J: Wasiat adalah pemberian oleh pewasiat kepada penerima wasiat sama ada dalam bentuk benda, hutang atau manfaat untuk dimilik dan pemberian tersebut dilaksanakan selepas pewasiat meninggal dunia. Apakah...

Solan Lazim: Hibah

Sep 29, 2022  
Spread the loveSolan Lazim: Hibah Apakah Hibah? J: Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki ketika Penghibah masih hidup dan tanpa balasan. Adakah saya perlu mendapatkan persetujuan ahli waris yang lain...

Permasalahan Dalam Pengurusan Dan Pembahagian Harta Pusaka

Sep 2, 2021  
Spread the lovePENDAHULUAN Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Anbiya’ 21:35) Yang bermaksud : “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan...

Pertanyaan? Sila Hubungi Peguam Kami

Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :