Soalan Lazim: Harta Sepencarian

Spread the love
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian.

    Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan.

  2. Apakah harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian?
    1. Harta yang boleh dituntut adalah harta alih dan harta tidak alih.
    2. Harta Alih: Barang kemas, unit amanah, share syarikat, kereta, motor dan sebagainya.
  3. Bagaimanakah Mahkamah Syariah menentukan bahagian suami atau isteri dalam tuntutan harta sepencarian?

    Bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan mereka ke atas harta sepencarian tersebut. Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumbangan secara langsung dan secara tidak langsung.
    CONTOH:
    i) Sumbangan secara langsung: Wang deposit pembelian harta, bayaran ansuran bulanan, kos renovasi, pembayaran cukai/ maintenance fee dan lain-lain.
    ii) Sumbangan tidak langsung: Urusan rumahtangga yang diuruskan oleh isteri seperti idea, dorongan dan lain-lain.

  4. Bilakah saya boleh menuntut bahagian saya dalam harta sepencarian?

    Harta sepencarian boleh dituntut ketika pihak-pihak berlaku perceraian, poligami atau selepas kematian salah satu pihak.

  5. Saya dan suami membeli sebuah rumah dalam tempoh perkahwinan yang didaftarkan atas nama bersama. Bolehkah saya mendapat 50% bahagian dari rumah tersebut?

    Bahagian harta sepencarian tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan kadar sumbangan suami dan isteri. Namun jika suami dan isteri bersetuju untuk membahagikan secara sama rata atau mengikut pembahagian tertentu yang dipersetujui, pihak-pihak boleh mengesahkan perjanjian bersama tersebut di Mahkamah Syariah dan dijadikan sebagai Perintah.

  6. Semasa dalam tempoh perkahwinan, suami saya membeli beberapa harta yang dinamakan atas nama beliau seorang. Saya tidak bekerja dan tidak mempunyai sumbangan kewangan ke atas harta-harta tersebut. Adakah saya masih boleh menuntut harta sepencarian selepas perceraian?

    Ya puan boleh menuntut harta sepencarian dan puan boleh mendapat bahagian berdasarkan sumbangan secara tidak langsung puan.

  7. Saya berkahwin di Thailand, tidak pernah mendaftarkan pernikahan di Malaysia. Adakah saya boleh menuntut harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia jika berlaku perceraian/ poligami/ kematian suami?

    Jika puan ingin memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia, puan perlu mengesahkan pernikahan di Mahkamah Syariah Malaysia dan mendaftarkan pernikahan di Pejabat Agama terlebih dahulu.

  8. Saya ingin menuntut bahagian saya dalam harta sepencarian ke atas rumah yang didaftarkan atas nama arwah suami. Bagaimana untuk menuntut harta sepencarian selepas kematian suami?

    Bagi kes harta sepencarian selepas kematian, Puan perlu memohon di Mahkamah Syariah dan Mahkamah akan menentukan bahagian puan ke atas harta milik arwah suami tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah harta tersebut dibahagikan secara faraid kepada ahli waris yang berhak.

  9. Adakah anak saya menuntut harta sepencarian?

    Hanya pasangan suami isteri sahaja yang boleh menunut harta sepencarian.

  10. Adakah suami saya berhak menuntut harta sepencarian ke atas harta di atas nama saya seorang?

    Ya boleh dan beliau perlu membuktikan sumbangannya ke atas harta tersebut.

Artikel ini disediakan oleh
Nursahila binti Ayub
Associate,  Abdul, Low & Partners

Artikel Berkaitan:  

Soalan Lazim: Pengesahan Pernikahan

Jun 9, 2024  
Spread the loveMajlis pernikahan yang dilakukan di dalam dan luar negara tanpa kebenaran Mahkamah Syariah sudah menjadi amalan dan budaya masyarakat Malaysia tanpa mengetahui impak serta kesan yang akan berlaku sekiranya pernikahan tersebut tidak didaftarkan...

Soalan Lazim: Tuntutan Perceraian Melalui Hakam

Feb 20, 2024  
Spread the loveDalam menuntut perceraian di Mahkamah Syariah, ramai pihak bimbang sekiranya suami/isteri beliau tidak mahu memberikan kerjasama dan tidak bersetuju dalam tuntutan perceraian yang telah difailkan. Oleh itu, wujudnya HAKAM sebagai alternatif bagi memudahkan...

Soalan Lazim: Faraid

Sep 29, 2022  
Spread the loveSoalan Lazim: Faraid Harta apa yang boleh difaraidkan? J: Harta yang didaftarkan di bawah nama Si Mati seperti: a) Harta Tak Alih: tanah dan rumah. b) Harta Alih: wang simpanan bank, saham, KWSP,...

Soalan Lazim: Wasiat

Sep 29, 2022  
Spread the loveSoalan Lazim: Wasiat  Apakah wasiat? J: Wasiat adalah pemberian oleh pewasiat kepada penerima wasiat sama ada dalam bentuk benda, hutang atau manfaat untuk dimilik dan pemberian tersebut dilaksanakan selepas pewasiat meninggal dunia. Apakah...

Pertanyaan? Sila Hubungi Peguam Kami

Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :