Mohd Aliffnazmi Bin Ladin telah menamatkan  pengajian di Universiti Islam Selangor (UIS) dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 2021. Beliau kemudian melanjutkan pengajian untuk Diploma Lanjutan Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2022. Beliau memulakan kerjaya sebagai sebagai Pelatih dalam kamar di Tetuan Suphian Associates, Sabah dari Jun 2020 hingga Julai 2021. Beliau kemudiannya melanjutkan untuk mengambil pengalaman dan peluang di Kuala Lumpur dan Selangor sebagai Pelatih Peguam di The Chambers of Muhammad Izhar dari tahun 2022 hingga 2023. Beliau kemudian telah menerima Sijil Amalan Syariah untuk beramal sebagai Peguam Syarie dari Wilayah-Wilayah Persekutuan pada tahun 2021. Beliau kini memberi tumpuan dalam kes-kes melibatkan Mahkamah Syariah seperti perkara kekeluargaan Islam (pernikahan dan perceraian), tuntutan selepas perkahwinan, Hak Penjagaan Anak, Harta Sepencarian, Hibah, Faraid dan lain-lain yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sebagai seorang individu yang beramal di Mahkamah Syariah sebagai Peguam Syarie, beliau percaya bahawa setiap individu mempunyai hak dan boleh diwakili oleh peguam dan peguam boleh memberikan khidmat dan nasihat yang terbaik. Di Mahkamah Syariah, tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah. Hanya berkaitan dengan meletakkan sesuatu yang patut pada tempat yang sepatutnya dan mencapai keadilan antara pihak-pihak. Beliau percaya bahawa setiap hari adalah proses pembelajaran dan pengalaman untuk mendapatkan pengetahuan dan menjadi peguam syariah yang terbaik. Nasihat dan penyelesaian kepada pelanggan perlu selari dengan prinsip keadilan, Hukum Syarak dan Undang-Undang sedia ada. Undang-undang bernilai bukan kerana ia undang-undang semata-mata, akan tetapi kerana terdapat kebenaran di dalamnya yang memberi manfaat kepada masyarakat.