Soalan Lazim: Nafkah Anak

Spread the love
  1. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak?

    Tanggungjawab Nafkah Anak terletak kepada bapa kandung. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.

  2. Selepas bercerai, saya dan bekas suami bersetuju untuk memberikan hak jagaan anak kepada saya. Adakah saya masih boleh menuntut Nafkah Anak daripada bekas suami?

    Ya, boleh. Walaupun Puan mendapat hak jagaan anak, secara asasnya bekas suami iaitu bapa kandung kepada anak-anak tersebut masih bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak.

  3. Bagaimanakah kiraan untuk penentuan jumlah Nafkah Anak?

    Tiada formula spesifik yang digunakan oleh Mahkamah dalam menentukan jumlah Nafkah Anak, namun Mahkamah akan menetapkan jumlah Nafkah tersebut berdasarkan keperluan asas anak iaitu tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran. Di samping itu, Mahkamah juga melihat kepada kemampuan dan taraf kehidupan bapa serta anak tersebut.

  4. Bilakah saya boleh memfailkan tuntutan Nafkah Anak di Mahkamah Syariah?

    Tuntutan Nafkah Anak boleh dibuat apabila seorang bapa:

    1. Enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah bagi anaknya;
    2. Meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya dalam penjagaan isterinya;
    3. Dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan berkenaan hal ehwal isteri di Mahkamah; atau
      Apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.
  5. Apakah cara pembayaran Nafkah Anak yang boleh dilaksanakan?

    Pelaksanaan Nafkah Anak boleh dibuat secara pembayaran terus oleh bapa atau melalui potongan gaji/penahanan pendapatan.

  6. Berapa lama tempoh perintah Nafkah Anak berkuatkuasa?

    Pada umumnya perintah Nafkah Anak berkuatkuasa sehingga anak berusia 18 tahun melainkan diperintah sebaliknya oleh Mahkamah.

  7. Saya telah memperolehi Perintah Nafkah Anak dan ketika itu anak saya berumur 7 tahun. Bolehkah jika saya ingin memohon untuk Mahkamah mengubah jumlah Nafkah Anak tersebut kerana peningkatan jumlah nafkah/keperluan anak?

    Mahkamah boleh pada bila-bila masa untuk mengubah atau membatalkan sesuatu Perintah Mahkamah berdasarkan Permohonan mana-mana pihak jika terdapat salah pernyataan, kesilapan fakta atau perubahan hal keadaan.

  8. Bagaimana jika bekas suami saya tidak mematuhi Perintah Nafkah Anak tersebut. Apa tindakan yang saya boleh lakukan ke atas bekas suami?

    Terdapat beberapa tindakan yang boleh Puan ambil iaitu:

    1. Memohon kepada Mahkamah suatu Perintah untuk menguatkuasakan Perintah Nafkah tersebut;
    2. Memfailkan Permohonan Tunggakan Nafkah;
    3. Memohon kepada Mahkamah supaya bekas suami dikenakan hukuman menghina Mahkamah kerana enggan mematuhi Perintah Mahkamah.
  9. Bagaimanakah jika saya ingin memfailkan tuntutan Nafkah Anak di Mahkamah Syariah?

    Permohonan Hak Jagaan tersebut boleh difailkan di Mahkamah Rendah Syariah daerah tempat pemohon bermastautin. Pihak pemohon juga boleh melantik Peguam Syarie untuk membantu dan mewakili beliau dalam tuntutan tersebut.

Artikel ini disediakan oleh
Nursahila binti Ayub
Associate,  Abdul, Low & Partners

WALI HAKIM: BILAKAH IA DIPERLUKAN DALAM SESUATU PERNIKAHAN?

Sep 29, 2026  
Wali merupakan salah satu rukun wajib dalam pernikahan Islam. Tanpa wali yang sah, sesuatu akad nikah tidak boleh dianggap sempurna. Wali utama ialah wali nasab, iaitu bapa kandung pengantin perempuan, dan jika tiada, perlu mengikut...

WASIAT WAJIBAH

Sep 29, 2026  
Apakah Wasiat Wajibah? Wasiat Wajibah ialah peruntukan undang-undang yang membolehkan sebahagian daripada harta pusaka diberikan kepada waris tertentu yang tidak layak menerima harta melalui sistem faraid biasa, walaupun Si Mati tidak pernah membuat sebarang wasiat...

Proses Membeli Rumah Pertama

Sep 29, 2026  
1. Kenal pasti rumah yang hendak dibeli • Semak Harga Jual Beli. • Semak lokasi dan keadaan rumah. • Semak sama ada rumah freehold / leasehold (minta daripada ejen / tuan rumah Salinan geran) •...

Pertanyaan? Sila Hubungi Peguam Kami

Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :