Proses Membeli Rumah Pertama

1. Kenal pasti rumah yang hendak dibeli
• Semak Harga Jual Beli.
• Semak lokasi dan keadaan rumah.
• Semak sama ada rumah freehold / leasehold (minta daripada ejen / tuan rumah Salinan geran)
• Semak berapa Deposit / downpayment yg diminta
• Semak dgn peguam berapa Legal fees, Stamp duty dan yuran-yuran lain yang terlibat
• Renovation / moving costs
• Maintenance / sinking fund, jika strata
2. Sebelum bayar booking / earnest deposit
Semak dahulu:
• Harga jual beli dan harga pasaran.
• Semak kelayakan loan yang boleh diperoleh.
• Kemampuan bayar monthly instalment termasuk Maintenance Charges and Sinking Fund (komitmen bulanan).
• Nama pemilik berdaftar (nama tuan rumah / pemaju).
• Ada atau tidak caveat / charge / sekatan (tuan rumah kena mohon untuk tarik balik caveat dahulu – rujuk peguam anda).
• Status cukai tanah dan cukai taksiran (berapa bulanan, ada tunggakan atau tidak).
• Pastikan terma booking form jelas:
• Deposit berapa?
• Bila baki deposit perlu dibayar?
• Dapatkan pengesahan daripada ejen, tanggungjawab membayar Agency Fee
• Apa berlaku jika loan tidak lulus, Deposit refundable atau tidak?
• Tempoh untuk tandatangan SPA, tanpa penalti.
3. Semak kelayakan loan bank
• Semak anggaran loan eligibility dengan beberapa bank.
• Bank biasanya akan tengok:
– Pendapatan
– Komitmen bulanan
– CCRIS / CTOS
– Umur
– Jenis pekerjaan
– Harga dan jenis hartanah
4. Bandingkan loan beberapa bank
Bandingkan:
• Interest / profit rate
• Margin of financing
• Monthly instalment
• Loan tenure
• Lock-in period
• Early settlement charges
• MRTA / MLTA, jika ada
• Legal fees on loan documentation / valuation fees yang ditanggung bank
• Flexi / semi-flexi / conventional / Islamic financing
Pilih berdasarkan keseluruhan pakej, bukan rate semata-mata.
5. Lantik peguam
Perlu lantik dan berurusan dengan 2 peguam berasingan:
| Peguam 1 — SPA Lawyer | Peguam 2 — Financing Lawyer |
|---|---|
|
Menguruskan urusan Sale and Purchase Agreement (SPA) sehingga pendaftaran geran.
|
Menguruskan dokumentasi pinjaman / pembiayaan dengan bank:
*Peguam perlu dilantik daripada panel bank berkenaan. Jadi sebelum lantik lawyer, semak dahulu sama ada firma tersebut adalah panel bank yang dipilih. *Dalam sesetengah kes, firma yang sama boleh mengendalikan kedua-dua SPA dan loan jika ia merupakan panel bank. Jadi bukan semestinya dua firma berbeza. |