2022-Tetuan Rosmaza Associates

Pada tahun 2022, keluarga Abdul, Low & Partners dengan bangganya mengumumkan penggabungan pertama kami antara Tetuan Abdul, Low & Partners dan Tetuan Rosmaza Associates. Kami menyambut kedatangan Puan Rosmaza selaku pengasas Tetuan Rosmaza Associates dengan berbesar hati bukan sahaja disebabkan ini kami bergabung dengan firna peguam yang lain, tetapi Puan Rosmaza ialah seorang peguam yang amat berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan harta dalam prinsipal-prinsipal Islam. Kami sentiasa berusaha untuk mencari jalan untuk memjadikan firma guaman kami antara yang terbaik di Malaysia.

2022- The Chambers of Muhammad Izhar

Penggabungan kami yang kedua pada tahun 2022 adalah bersama dengan The Chambers of Muhammad Izhar. Atas penggabungan kali ini, kami dengan jayanya menyambut kedatangan Tuan Izhar, peguambela yang aktif dalam menyelia dan mengendalikan kes-kes sivil dan syariah di peringkat Mahkamah Majistret sehingga Mahkamah Persekutuan serta Mahkamah Rendah Syariah sehingga ke Mahkamah Rayuan Syariah.